Hari terbuka pusat internet Kampung Krokong
8 Julai 2018 | Aktiviti Terkini7 Julai 2018, hari terbuka pusat internet Kampung Krokong ini mendapat sambutan seramai 47 orang komuniti. Hari terbuka pusat internet Kampung Krokong ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama bersama masyarakat setempat serta mempromosikan lagi pusat internet serta peranannya kepada masyarakat setempat yang masih kurang pasti akan peranan pusat internet dalam kehidupan mereka.
Selain itu, tunjang utama program ini adalah untuk merealisasikan dan menyahut seruan kerajaan yang ingin merapatkan jurang digital dan sosio ekonomi diantara komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: